LHDN kesan 31,598 entiti tidak lapor pendapatan sebenar

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR, 14 Jun –  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesan sebanyak 31,598 entiti terdiri daripada individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain yang masih tidak melaporkan pendapatan sebenar.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata amaun ketirisan cukai langsung yang dialami oleh negara dianggarkan bernilai RM665 juta dan nilai anggaran ketirisan ini merupakan satu amaun yang signifikan dan mampu memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara jika ia tidak segera dibendung.

Ia menambah pengesanan entiti ini dibuat berdasarkan maklumat melalui pemilikan aset dan kemampuan entiti tersebut mengambil pinjaman/sekuriti melebihi RM500,000.00 dan ke atas.

“Bagi tujuan tersebut, tempoh masa yang diberikan kepada mereka untuk mengambil tindakan seperti yang dinasihatkan ialah selama satu bulan iaitu bemula dari 15 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022,” katanya.

Setelah tempoh sebulan ini tamat, LHDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan cukai seperti audit, siasatan sivil dan siasatan jenayah terhadap entiti dan individu berkenaan yang masih gagal patuh menghantar Borang Nyata Cukai bagi sesuatu Tahun Taksiran, mengemukakan penyata yang salah, dan mengelakkan diri daripada dikenakan cukai.

“Tindakan siasatan jenayah akan memberi implikasi pendakwaan di mahkamah. Ketidakpatuhan dan pelarian cukai ini dikenakan tindakan mengikut kesalahan di bawah Seksyen 112, 113 dan 114 Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1034
Kongsi :
Previous post Mendiang pernah mengadu sakit dada, berat badan turun mendadak
Next post Imam surau didakwa lakukan amang seksual, berbogel depan kanak-kanak
Ubah saiz-+=