
Lori ais terbabas, pemandu maut
ALOR GAJAH 3 Januari – Pemandu lori ais maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik dalam kejadian berdekatan pintu masuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu mangsa Che Azman Che Ismail, 51, maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Arshad Abu berkata, kemalangan itu hanya membabitkan sebuah kenderaan iaitu lori muatan ais.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari pintu hadapan universiti berkenaan sedang menuruni bukit sebelum dikatakan hilang kawalan.
“Lori terbabit hilang kawalan dan sejurus tiba di bulatan lalu melanggar pokok sebelum terbalik,” katanya.
Menurutnya, akibat daripada kemalangan itu, pemandu lori disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga bagi urusan pengebumian.
“Manakala lori pula kini ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI PUJI PERSEMBAHAN BERIRAMA SK TENGKERA DUA
KESIDANG 19 Oktober - Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera Dua, atas kejayaan meraih naib johan pada...
PROGRAM MESRA LESEN REKOD 1,909 PERMOHONAN SEPANJANG 2026
AYER KEROH 19 Oktober - Program Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Lesen Motosikal Kelas B2 merekodkan sebanyak 1,909 permohonan dalam kalangan...
KEHARMONIAN KAUM KUNCI KESTABILAN, KEMAJUAN MELAKA
KESIDANG 19 Oktober - Keharmonian masyarakat berbilang kaum di Melaka perlu terus dipertahankan bagi memastikan kestabilan negeri dan kelancaran ekonomi...
POTENSI KAMPUNG 6 JADI DESTINASI PELANCONGAN MAKANAN
KESIDANG 19 Oktober - Kampung 6, berpotensi menjadi antara lokasi tarikan pelancongan di Melaka menerusi keunikan sajian makanan serta kemeriahan...
PRN MELAKA: MCMC, SPR PASTIKAN LIPUTAN INTERNET LANCAR, TIDAK JEJASKAN SISTEM OCR-VA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Lokasi urusan pilihan raya yang pada awalnya dicadangkan di Dewan Penyayang, Lesung Batu ditukar ke...
BN SASAR SAPU BERSIH LIMA DUN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober- Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Alor...
