
Jurutera rugi RM503,000 diperdaya Love Scam
AYER KEROH 30 Jun – Seorang jurutera wanita kerugian lebih RM503,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam yang dikenalinya melalui laman sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri , Superintendan E Sundra Rajan berkata, wanita terbabit yang berusia 40-an berkenalan dengan suspek yang kononnya tinggal di London melalui laman sosial Instagram sejak April lalu.
Beliau berkata, perhubungan itu kemudiannya semakin mesra dan suspek mendakwa mengalami masalah kewangan kepada mangsa kerana akaun pelaburannya disekat pihak bank
“Atas dasar simpati dan percaya mangsa kemudian bersetuju memberi pinjaman wang selain suspek berjanji akan memulangkan semula wang berkenaan.
“Bermula pertengahan April sehingga Jun mangsa memberi pinjaman wang sejumlah RM503,937 kepada suspek melalui tujuh akaun bank yang berbeza,” kata.
Beliau berkata, bagaimanapun mangsa kemudian merasakan dirinya ditipu sindiket love scam selepas menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai Kastam.
“Melalui panggilan itu dia diminta membayar RM175,000 bagi melepaskan parcel miliknya yang ditahan Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum membuat laporan polis.
“Justeru pihak polis meminta orang ramai supaya berhati- hati dalam melakukan pemindahan wang ke akaun tidak dikenali serta terlebih dahulu menyemak nombor akaun yang meragukan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MISI LAHIR GENERASI AL-QURAN PENGGERAK UMMAH, KADJ PERLUKAN SOKONGAN
KOTA LAKSAMANA 14 Oktober - Usaha melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu menjadi penggerak ummah mendorong Persatuan Kebajikan dan Pendidikan...
KHAIDHIRAH TAWAR DIRI PERTAHAN DUN RIM
AYER KEROH 14 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menawarkan diri untuk mempertahankan...
‘KAK SOM’ TUNAI JANJI, SRA JAIM BACHANG KINI DALAM PEMBINAAN
PENGKALAN BATU 14 Oktober - Penantian lebih 20 tahun penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk menikmati kemudahan Sekolah...
BUKAN SEKADAR MAHIR, USAHAWAN MELAKA BAKAL DILATIH KUASAI DIGITAL DAN AI
AYER KEROH 14 Oktober - Usahawan berkemahiran di Melaka bakal diberi peluang memperkukuh keupayaan pemasaran dan pengurusan perniagaan menerusi perancangan...
MeSRa PENDIDIKAN: SEKOLAH LEBIH SELESA, PEMBELAJARAN LEBIH BERMAKNA
AYER KEROH 14 Oktober - Keperluan pendidikan yang berkembang seiring pertambahan penduduk mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembinaan sekolah...
SEKOLAH DI MELAKA DIBUKA SEMULA ESOK, AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DIHENTIKAN
AYER KEROH 14 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Melaka akan beroperasi semula esok...
