
Macau scam: Guru dakwa rugi RM187,000
KUANTAN, 28 Mei – Panik menerima panggilan daripada ‘polis’ Bukit Aman menyebabkan seorang guru kerugian RM187,000 selepas panggilan itu sebenarnya dibuat anggota sindiket Macau Scam.
Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata wanita berusia 36 tahun itu mendakwa dihubungi suspek pada 10 Mei lepas, yang memaklumkan terdapat waran tangkap terhadap dirinya bagi jenayah pemerdagangan manusia.
“Mangsa yang panik kemudiannya telah menurut arahan suspek untuk memindahkan wang simpanannya ke sebuah akaun yang dimaklumkan bagi tujuan siasatan serta menyerahkan semua maklumat perbankan secara dalam talian kepada suspek.
“Malah, mangsa juga membuat pinjaman peribadi berjumlah RM130,000 yang dimasukkan ke dalam akaun itu, juga atas arahan suspek,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.
Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada pihak ketiga, selain segera membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa jika menerima panggilan mencurigakan.
Semakan nombor telefon dan akaun bank juga boleh dibuat melalui Check Scammers CCID atau di https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa penipuan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA REMAJA MAUT, SEORANG PARAH KEMALANGAN MOTOSIKAL DI TAMBAK PAYA
AYER MOLEK 28 Februari – Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Tambak...
MPAG SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN DI 9 DUN SEPANJANG RAMADAN
LENDU 28 Februari - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengimarahkan Ramadan dengan menganjurkan program-program berbentuk kebajikan bertujuan menyantuni golongan memerlukan....
LEMBU BAWA REZEKI UNTUK ORANG KAMPUNG
PAYA RUMPUT 28 Februari - Penternakan lembu menjadi antara inisiatif dilakukan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Minyak dalam...
MENARA TAMING SARI SEMARAK RAMADAN, EDAR BUBUR LAMBUK SETIAP JUMAAT
BANDA HILIR 27 Februari – Menara Taming Sari meneruskan tradisi edaran bubur lambuk sempena Ramadan tahun ini apabila mengagihkan sebanyak...
ANAK MELAKA DAPAT DISKAUN NAIK MELAKA RIVER CRUISE SEPANJANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan potongan harga sebanyak 10 peratus khas untuk...
TAMAN REMBIA INDAH, PERUMAHAN GAYA HIDUP MODEN
REMBIA 27 Februari - Taman Rembia Indah yang dibangunkan oleh pemaju terkemuka Melaka, PB Realty Group menjadi projek perumahan tumpuan...
