MAFA perhalusi penyertaan di Liga Super

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 29 Januari – Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) masih memperhalusi penyertaan skuad Hang Tuah untuk beraksi di Liga Super 2024.

Timbalan Presiden MAFA Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, badan induk bola sepak negeri itu kini sedang di peringkat perbincangan bersama kelab-kelab di Liga M3 berhubung perkara tersebut.

“Banyak perkara perlu diteliti oleh MAFA termasuk mendapatkan pandangan daripada Amateur Football League (AFL),” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, beliau yang diberi mandat oleh Presiden MAFA Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) Bil 1/2024.

Pada mesyuarat itu beberapa perkara telah diputuskan antaranya, memberi fokus utama kepada pasukan pembangunan seperti Piala Presiden, Piala Belia, futsal lelaki dan wanita, bola sepak wanita dan penyertaan pasukan bola sepak pantai lelaki.

Menurutnya, semua penyertaan dalam saingan liga mestilah memberi impak yang baik kepada persatuan.

Selain itu, jelasnya, MAFA juga berhasrat mewujudkan Akademi Bola Sepak bagi memberi peluang dan ruang kepada generasi baharu bagi mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

“Selain itu Jawatankuasa Eksekutif sebulat suara untuk terus mengekalkan 75 Kelab Gabungan bagi tahun 2024 – 2025 dalam memastikan kelab-kelab ini terus aktif menyertai pertandingan Liga Tempatan.

“Jawatankuasa Eksekutif MAFA bertekad dan komited dalam menaik mutu dan taraf sukan bola sepak negeri Melaka agar nama Melaka kembali sebagai salah satu kuasa bola sepak negara.

“MAFA yang menyambut 100 tahun penubuhannya pada tahun ini memerlukan nafas baharu bagi membawa dan melahirkan pemain-pemain berkualiti dari Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1226
Kongsi :
Previous post Bantu asnaf baiki rumah
Next post Mayat reput dipercayai ahli perniagaan ditemukan
Ubah saiz-+=