MAFI import 12,000 lembu korban

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SUNGAI RAMBAI 11 Julai – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengimport sebanyak 12,000 ekor lembu dari Thailand bagi tujuan ibadah korban tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bagaimanapun kesemua haiwan itu telah disahkan bebas daripada penyakit sebelum dibawa masuk dan dijual di negara ini.

“Kita memang import separuh dari Thailand sebanyak 12,000 ekor lembu yang telah disahkan tiada penyakit.

“Sejak bulan Mac lalu apabila kita diberikan kebenaran untuk import lembu dari negara luar, kita bawa masuk kuarantin dahulu dan selepas disahkan bebas penyakit baru ianya dijual,” katanya.

Timbalan Menteri 1 MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian kepada MHI pada Program Korban Mega dan Kenduri Sekampung Peringkat Parlimen Jasin di Masjid Al-Hassanah, Sungai Rambai di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini tiada sebarang aduan membabitkan kekurangan bekalan haiwan korban biarpun berlaku peningkatan permintaan haiwan itu pada musim perayaan Aidiladha tahun ini.

“Untuk Parlimen Jasin saja sebanyak 56 ekor lembu telah diagihkan kepada 41 buah masjid dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

“Manakala di DUN Sungai Rambai saja sebanyak 25 ekor lembu korban diberikan bagi tujuan ibadah korban secara berkelompok,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1073
Kongsi :
Previous post Reman lelaki disyaki bunuh isteri, bayi disambung seminggu lagi
Next post Temui ajal ketika tunggu sumbangan daging korban
Ubah saiz-+=