Mahkota Medical Centre mula suntikan awam Isnin ini

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 3 Julai – Hospital swasta, Mahkota Medical Centre (MMC) sedia membantu kerajaan negeri untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada orang awam Isnin ini dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Melaka.

KETUA Pegawai Eksekutif Mahkota Medical Centre, Stanley Lam

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Mahkota Medical Centre, Stanley Lam berkata, bermula Isnin ini, pihaknya akan memberikan suntikan 100 sehari dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pusat perubatan itu akan dibuka lima hari seminggu bagi mencapai sasaran itu.

Jelasnya, jumlah vaksin bagaimanapun akan ditingkatkan kepada 200 sehari bagi suntikan dos pertama dan kedua pada 22 Julai ini.

“Objektif kita adalah membantu hospital kerajaan untuk mempercepatkan program terbabit supaya rakyat di negeri Melaka mencapai sasaran imuniti kelompok atau herd immunity.

“Dari segi persediaan kemudahan dan lokasi vaksinasi, Mahkota Medical Centre sudah bersedia untuk memberikan suntikan kepada orang awam bermula Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman dilaporkan berkata, pusat perubatan itu antara tiga hospital swasta dipilih yang dikhususkan vaksinasi orang awam bermula Isnin ini.

Jelasnya, selain MMC, dua lagi hospital swasta lain adalah Hospital Pantai di Ayer Keroh dan Southern Eye Clinic Specialist Centre di Melaka Raya.

“Bagi ketiga-tiga hospital swasta itu sebanyak 350 dos akan dibekalkan setiap hari bagi memberikan suntikan kepada orang awam yang bakal menerima notifikasi menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1289
Kongsi :
Previous post YADIM bantu haiwan terkesan PKP
Next post Saloma, Puspawangi terima vaksin
Ubah saiz-+=