YADIM bantu haiwan terkesan PKP

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 3 Julai – Zoo kedua terbesar negara, Zoo Melaka menerima bantuan satu tan makanan untuk keperluan haiwan yang turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka menerusi program Musaadah YADIM 3.0 Negeri Melaka itu disampaikan Pengarahnya, Muzafar Abd Rahim kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman semalam.

Hadir sama adalah Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis selain lima sukarelawan YADIM Tanjung Dahan.

Bantuan satu tan makanan bernilai RM2,000 itu termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan seperti tebu, jambu, timun dan sebagainya.

BANTUAN satu tan makanan bernilai RM2,000 termasuklah sayur-sayuran, dan buah-buahan diserahkan YADIM kepada Zoo Melaka semalam.

Zoo Melaka sebelum ini mewujudkan tabung bantuan khas untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan keperluan bekalan makanan kira-kira 650 haiwan di taman itu sepanjang tempoh PKP.

Sepanjang PKP, Zoo Melaka tidak dibuka kepada pengunjung demi keselamatan orang awam dan haiwan menyebabkan ia kehilangan sebahagian besar pendapatan untuk menampung keperluan makanan.

Pada 2 Jun lalu, Melaka Hari Ini melaporkan Zoo Melaka & Night Safari membelanjakan RM200,000 sebulan bagi keperluan makanan harian haiwan di taman tema itu.

Ditubuhkan pada 1963 dan zoo kedua terbesar negara itu menempatkan kira-kira 650 haiwan daripada 150 spesies yang berlainan dari seluruh dunia selain berperanan sebagai pusat pemuliharaan, penyelidikan dan pendidikan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

733
Kongsi :
Previous post Masalah capaian internet lemah, jejas PdPR bakal diatasi
Next post Mahkota Medical Centre mula suntikan awam Isnin ini
Ubah saiz-+=