Mahu lahirkan lebih ramai ‘Tony Jaa’ Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BUKIT BERUANG 13 Jun – Kelab Muay Thai Pahlawan Melaka mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai atlet Muay Thai kategori amatur bawah usia 12 tahun di negeri ini.

Pengerusi dan Jurulatih Kelab Pahlawan Melaka, Muhd Aizam Aripin, 33, berkata ia selari dengan misi dan visi kelab itu untuk meletakkan lebih ramai atlet sukan muda di negeri itu beraksi cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa.

Katanya, pihaknya juga akan mencungkil bakat anak muda seawal usia 6 tahun untuk menyaingi negeri lain yang sudahpun memiliki atlet muda terlatih.

“Kita juga mahu merancakkan lagi sukan Muay Thai di Melaka memandangkan penyertaan atlet muda Melaka agak ketinggalan berbanding negeri lain di Malaysia,” katanya.

ANTARA peserta cilik yang menyertai Kelab Muay Thai Pahlawan Melaka.

Muhd Aizam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kelab Pahlawan Melaka di Taman Bukit Beruang Utama di sini, malam tadi.

Terdahulu, acara perasmian disempurnakan Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Kelab itu sebelum ini dikenali sebagai Kelab Muay Thai Young Warrior sebelum ditukar nama ke Kelab Muay Thai Pahlawan Melaka.

Seramai kira-kira 40 peserta berusia seawal enam hingga 66 tahun menyertai kelab tersebut yang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad pada waktu yang ditetapkan bergantung kepada jurulatih yang mengajar pelbagai jenis divisen Muay Thai.

Gelanggang yang dibuat di halaman rumah sebagai lokasi untuk berlatih dan belajar seni mempertahankan diri itu menjadikan kelab berkenaan mudah untuk diakses oleh semua golongan.

Yuran serendah RM40 bagi peserta di bawah usia 15 tahun dikenakan manakala RM60 bagi peserta 16 tahun ke atas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1819
Kongsi :
Previous post Negara kehilangan tokoh pejuang pendidikan – PM
Next post UTeM anjur Konvensyen Keusahawanan Teknikal Wanita secara percuma esok dan lusa
Ubah saiz-+=