
MAIM BERI SOKONGAN BUAT ASNAF MUALAF HIDAP PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP 4
PENGKALAN BATU 21 April – Seorang asnaf mualaf yang menderita penyakit buah pinggang tahap empat mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Hattori Junji atau nama Islamnya Mohamad Hasan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas kesihatannya merosot hingga terpaksa bergantung kepada bantuan alat pernafasan.
Prihatin dengan nasib yang menimpa saudara Muslim itu, Unit Kebajikan Mualaf, Bahagian Balai Islam MAIM Muhammad Solehen Rosandi telah hadir menziarahinya di hospital.
Kehadiran MAIM adalah untuk memberi sokongan moral kepada saudara Muslim itu dan keluarganya.
Dalam sesi ziarah itu, MAIM turut menyampaikan sumbangan kit makanan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggungnya dan keluarga.
Pada masa sama, MAIM akan terus memantau perkembangan kesihatan asnaf mualaf itu dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikannya terus terbela, selain turut mendoakan agar diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi ujian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI TERUSKAN MISI CUCI KENDERAAN AMAL
BANDA HILIR 29 Julai - Orang ramai bukan sahaja menikmati perkhidmatan mencuci kenderaan berkualiti pada harga berpatutan, malah berpeluang menyumbang...
MELAKA BUKA TIRAI JELAJAH AKAR 2026, PTPTN SEMAI BUDAYA MENABUNG
AYER KEROH 29 Julai - Melaka dipilih sebagai lokasi pembukaan Program Jelajah Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026, inisiatif Yayasan...
REZEKI BAKAL CAHAYA MATA PERTAMA, KAKITANGAN SAMB MENANG PROTON SAGA
AYER KEROH 29 Julai - Pemenang hadiah cabutan bertuah utama Majlis Hari Keluarga Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2026 menganggap...
KAMPUNG KEMBOJA MELAKA POPULARKAN ‘TONGMO’
PAYA RUMPUT 29 Julai - Siapa sangka di sebalik populariti 'tongmo', makanan tradisi masyarakat Kemboja di negara ini, ia sebenarnya...
PERZIM, ARKIB NEGARA JALIN KERJASAMA STRATEGIK PELIHARA KHAZANAH SEJARAH MELAKA
BANDA HILIR 29 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperluas kerjasama strategik bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka dalam bidang...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI BEKAL PLASMA UNTUK NEGARA
AYER KEROH 29 Julai - Melaka terus mengukuhkan reputasinya dalam bidang perubatan transfusi apabila menjadi satu-satunya negeri di Malaysia, selain...
