Majlis Perabot Malaysia sumbang perabot kepada mangsa banjir di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 18 Jan – Kerajaan negeri menerima sumbangan perabot bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa terjejas banjir di negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi catatan Facebooknya berkata, sumbangan itu diterima daripada Majlis Perabot Malaysia (MFC) dengan kerjasama Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) untuk disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih MFC dan CRSM menyumbangkan perabot bernilai RM207,100 kepada mangsa banjir di negeri Melaka.

“Tentunya sumbangan ini cukup besar ertinya kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Melaka yang terjejas khususnya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan perabot bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir.

Terdahulu, simbolik penyerahan itu diserahkan Presiden MFC, Khoo Yeow Chong kepada Sulaiman.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong, Exco Perpaduan, Penerangan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Naib Presiden MGFC, Lee Poh Siang.

Sulaiman berkata, selain Melaka, MFC turut menyumbangkan bantuan sama keseluruhannya bernilai RM1.21 juta untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1114
Kongsi :
Previous post SC tidak dapat buat penemuan secara konsklusif sama ada Azam Baki langgar peraturan dagangan
Next post Melaka jamin bantuan peralatan mangsa banjir diterima buat golongan yang berkelayakan
Ubah saiz-+=