
Majlis sosial, kenduri kahwin di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan
PUTRAJAYA 2 Mac – Kerajaan bersetuju membenarkan majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijalankan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, ia meliputi semua majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri kendara, majlis perkahwinan, resepsi pertunangan.
“Selain akikah, doa selamat, majlis tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah dibenarkan.
“Dan majlis perkahwinan serta pertunangan yang dibenarkan kepada pasangan beragama Islam juga diperluaskan kepada pasangan beragama lain,” katanya dalam sidang media PKP di sini hari ini.
Jelasnya, kehadiran tetamu di premis kawasan PKPB adalah 50 peratus daripada keluasan premis, manakala di kawasan PKPP mengikut keluasan kawasan premis yang penting ada penjarakan sosial.
Berita lanjut menyusul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MHS THUNDERBOLTS’ SASAR 5 TERBAIK LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA
BANDA HILIR 4 Julai - Pasukan Hoki 'MHS Thunderbolts' Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka meletakkan sasaran berada dalam kelompok...
MPHTJ BERI SEMANGAT BAHARU KEPADA WARGA BEMBAN
BEMBAN 4 Julai - Inisiatif Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengadakan Lawatan Kasih Rumah Ke Rumah ke tujuh buah...
LINNAS 2025 MAIM BUKA JALAN ASNAF JANA PENDAPATAN
AYER KEROH 3 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka peluang kepada asnaf menjana pendapatan melalui Program Latihan Insan...
PADANG HOKI SMK TINGGI MELAKA PERLU DINAIK TARAF
BANDA HILIR 3 Julai - Kerajaan Negeri memohon agar padang hoki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka (MHS) dinaik...
KEBOCORAN ATAP JEJANTAS TUN TEJA: TINDAKAN SEGERA DIAMBIL, KESELAMATAN PENGGUNA DIUTAMAKAN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengambil tindakan segera berhubung insiden kebocoran pada struktur atap...
MELAKA DIJANGKA TERIMA DUA LAGI PROJEK JALAN BAHARU
BEMBAN 3 Julai - Dua lagi projek jalan baharu dijangka diluluskan di Melaka, sekali gus memberi impak cukup besar kepada...