Majlis TVET Melaka disaran promosi institusi TVET dalam negeri – KM

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

AYER KEROH 26 November – Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka disaran untuk merancakkan pelbagai program dalam usaha memberi peluang kepada golongan belia memperoleh kerjaya dalam bidang itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pelbagai strategi yang telah diatur dan dirancang oleh Kerajaan Negeri bersama Institusi TVET negeri perlu dilaksanakan segera bagi memperkukuhkan penawaran kerjaya serta berorientasikan penglibatan industri

secara aktif.

Katanya, hal itu bertujuan untuk menyediakan graduan yang menepati keperluan industri bagi memenuhi agenda Pemerkasaan TVET yang diterajui Majlis TVET Negara (MTVET).

“Saya juga ingin menekankan kepada Majlis TVET Negeri Melaka untuk sentiasa mempromosikan institusi TVET di negeri ini selain meningkatkan kualiti program dan mewujudkan pangkalan data untuk memastikan tadbir urus TVET Negeri Melaka lebih sistematik dan menonjol.

“Saya menyeru juga kepada penyedia program TVET dan pihak industri di Negeri Melaka khususnya sentiasa optimis dalam memperkukuhkan kerjasama.

“Dan melibatkan diri secara aktif dalam

pembangunan modal insan negara seterusnya memberi lonjakan paradigma kepada tenaga kerja muda yang berbakat setanding negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Negeri Melaka 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknolgi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Timbalan Exco Ekonomi dan Pembangunan TVET negeri merangkap Pengerusi TVET Melaka, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri amat serius dan sentiasa komited untuk memastikan jaringan kerjasama di antara industri, kementerian dan penyedia-penyedia program TVET di seluruh negara bagi membentuk satu hubungan secara bermakna.

Katanya, pendedahan dan pendekatan

awal hendaklah dilaksanakan seawal usia muda agar anak-anak lebih celik tentang potensi dan peluang yang wujud dalam kerjaya TVET, seterusnya dapat memperkukuhkan lagi sektor itu dalam membentuk generasi akan datang.

“Menerusi program ‘skilling’, ‘reskilling’

dan ‘upskilling’ akan menjadi keutamaan yang tidak boleh dielakkan dan akan menjadi antara pelaburan terbesar kepada industri.

“Saya percaya melalui program TVET dilihat bakal mewujudkan ruang dan peluang untuk pemain industri mendekati Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan lebih rapat, khususnya bagi bersama-sama merencana dan merealisasikan program TVET pada tahap yang terbaik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1649
Kongsi :
Previous post Melaka cadang kursus EV dan tenaga solar dibuka di Masjid Tanah
Next post Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET tawar lebih 900 peluang pekerjaan
Ubah saiz-+=