Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET tawar lebih 900 peluang pekerjaan

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

AYER KEROH 26 November – Lebih 900 peluang pekerjaan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ditawarkan pada Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Melaka 2023.

Pengerusi Majlis TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata karnival yang berlangsung pada 25 dan 26 November bertempat di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa Melaka (MITC) itu dijalankan dengan konsep TVET Madani.

Katanya, menerusi karnival terbabit pelbagai aktiviti telah djalankan sepanjang karnival itu berlangsung serta memberi manfaat kepada para pengunjung dan juga pempamer.

“Pada karnival yang berlangsung dua hari ini menawarkan 900 peluang perkerjaan dalam bidang TVET dan itu antara tarikan utama pengunjung selain terdapat penawaran terus kemasukan ke Institusi TVET kepada belia berkelayakan.

“Ekosistem TVET Negeri Melaka juga akan sentiasa ditambah baik 360 darjah dan dilestari dengan tuntas dan mantap bagi menjadikan Negeri Melaka sebagai hub kemahiran dan pendidikan.

“Kita juga mahu menjadi negeri yang membangunkan modal insan berkemahiran tinggi, menepati keperluan industri dalam program TVET,” katanya.

Img 3366
Sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Penutup Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Melaka 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada ucapannya di Majlis Penutup Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Negeri Melaka 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Sains, Teknolgi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Terdahulu, pada program tersebut, Ab Rauf turut menyampaikan surat tawaran belajar kepada lima pelajar dan 10 individu yang menerima tawaran bekerja dalam bidang TVET.

Mengulas lanjut, Khaidhirah yang juga Timbalan Exco Ekonomi dan Pembangunan TVET negeri berkata TVET merupakan agenda nasional yang perlu ditadbir dengan penuh integriti.

“Mendukung aspirasi Majlis TVET Negara (MTVET) dalam memperkasakan TVET Negara seiring dengan era Revolusi Perindustrian Ke-4 yang menjurus kepada kemahiran teknologi robotik dan kecerdasan buatan (AI),  penjenamaan dan reputasi TVET perlu dipertingkatkan dan ini memerlukan usaha lebih jitu bagi mengukuhkannya secara holistik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1088
Kongsi :
Previous post Majlis TVET Melaka disaran promosi institusi TVET dalam negeri – KM
Next post Hospital Melaka kesan Nur Azrinda dakwa enggan terima pesakit dari Johor
Ubah saiz-+=