Sorting by

×

‘Mana Lagi, Melaka Lah…’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – ‘Mana Lagi, Melaka Lah…’ dipilih menjadi slogan baharu bagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, slogan itu bagi memperkasakan industri pelancongan Melaka ke tahap yang lebih cemerlang.

Katanya, sasaran ditetapkan seramai 19.7 juta pelancong akan datang berkunjung ke Negeri Melaka pada TMM2024.

“Sejajar dengan itu, Kerajaan Negeri akan mempergiat promosi sektor pelancongan sepanjang tahun ini dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperindah serta menaik taraf produk pelancongan termasuk bangunanbangunan terbiar di kawasan Tapak Warisan Dunia sebagai persediaan sempena TMM2024.

“Bagi memastikan setiap perancangan berjalan lancar,Kerajaan Negeri akan mewujudkan Sekretariat TMM 2024 dan saya sendiri akan menjadi penasihat untuk jawatankuasa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Melaka ‘Mengupaya Potensi, Memacu Kemakmuran Negeri’ pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka yang ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata Kerajaan Negeri juga akan berusaha untuk memastikan semua produk pelancongan di Melaka bagi mencapai taraf lima bintang.

“Penerokaan produk-produk pelancongan baharu terutama dalam sektor eko-pelancongan juga akan dipergiatkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3013
Kongsi :
Previous post RM23.4 bilion sasaran Tahun Melawat Melaka 2024
Next post Banjir: Lebih 38,000 orang masih berlindung di 126 PPS
Ubah saiz-+=