
Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 57 orang
AYER KEROH 23 Oktober – Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 57 orang setakat 12 tengah hari tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa itu merupakan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.
“Setakat tengah hari ini, jumlah mangsa meningkat kepada 57 berbanding 53 pagi tadi.
“Jumlah itu membabitkan 15 keluarga dari empat buah kampung iaitu Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai,” katanya.
Menurut beliau, daerah Melaka Tengah dan Jasin turut terkesan dengan banjir susulan hujan lebat dan ribut petir bermula lewat petang semalam.
Namun, katanya, tiada lagi PPS dibuka di dua daerah itu setakat hari ini.
“Di Melaka Tengah kawasan terjejas adalah di Kampung Pengkalan Rama Pantai serta Sungai Putat dan di Jasin pula Batang Melaka serta Gapis.
“Pemantauan berterusan kini dilakukan pihak APM bagi memantau paras air di selain keselamatan penduduk,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT MESRA KEBAJIKAN
AYER KEROH 30 September – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menerusi inisiatif...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN TAWAR PENGURANGKAN KOMPAUN, ELAK RAKYAT TERBEBAN TUNGGAKAN
AYER KEROH 30 September - Kebajikan rakyat terus diberikan perhatian menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan merangkumi usaha...
ZIARAH KASIH ‘AH SEM’ BAWA KECERIAAN
MACHAP JAYA 30 September - Pagi yang kebiasaannya agak suram buat A.R Kanasamy, 71, bertukar ceria apabila dia menerima kunjungan...
PENGALAMAN MELAKA URUS TAPAK WARISAN JADI RUJUKAN
BANDA HILIR 30 September - Pengalaman Melaka mengekalkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadi rujukan Yayasan Johor Corporation (Yayasan...
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
