
Mangsa banjir di Melaka menurun
AYER KEROH 15 April – Mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 38 orang berbanding 122 yang direkodkan pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, penurunan jumlah mangsa adalah disebabkan banjir yang berlaku di beberapa kawasan surut pada pagi ini.
Katanya, setakat jam 12 tengah hari, hanya dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Balai Raya Bukit Balai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dalam daerah Alor Gajah yang menempatkan 38 mangsa dari enam buah keluarga.
“Sebuah lagi PPS yang dibuka malam semalam iaitu Dewan Japerun Ayer Keroh telah ditutup selepas banjir tutup pagi ini.
“Bagaimanapun, jumlah kawasan yang terjejas masih kekal 11 iaitu membaitkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehingga kini antara kawasan yang masih terjejas banjir ialah Taman Melawis Bukit Beruang, Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh Height dan Kampung Enam dalam daerah Melaka Tengah.
Manakala, daerah Alor Gajah pula membabitkan Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana, Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Durian Tunggal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...

