Melaka, Jerman teroka kerjasama pelaburan

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 15 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, menerima kunjung hormat Duta Besar Jerman Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Peter Blomeyer di pejabatnya di Seri Negeri.

Kunjung hormat itu antara lain bagi meneroka potensi kerjasama pemain industri dari Negara Jerman untuk mempromosikan German Technology Park (GTP) iaitu sebuah kawasan perindustrian baharu di Bandar Hijau, Ayer Keroh.

Pada pertemuan itu, Ab Rauf dan Dr. Peter turut bertukar idea dan berkongsi pandangan khususnya sempena lawatan kerja rasmi Ab Rauf ke Jerman yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Menerusi kunjungan itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk pelaburan dan kerjasama syarikat Jerman bagi mengambil bahagian dalam pembangunan Straits Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).

Ia termasuklah mengambil bahagian dalam sektor pelabuhan yang bakal mengubah landskap pembangunan Negeri Melaka.

Turut bersama pada sesi kunjung hormat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Melaka, Jaibalan Harirajan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

101
Kongsi :
Previous post Warga emas maut, bilal parah dua kereta bertembung
Next post Mangsa banjir di Melaka menurun
Ubah saiz-+=