
Mangsa korban keenam banjir di Pahang ditemukan
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Nur Zakirah Ahmad Hussin, 19, yang merupakan korban keenam banjir Pahang, ditemukan di bawah jambatan kereta api Bukit Betong, Padang Tengku, oleh penduduk kira-kira jam 11 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada polis.
“Berikutan dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan 35 pegawai dan anggota daripada polis dan bomba serta dibantu orang kampung sebelum ini, ditamatkan pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Nur Zakirah dilaporkan hilang selepas terjatuh apabila bot dikemudi bapanya, Ahmad Hussin Mad Aris, 52, terbalik akibat arus deras menyebabkan mangsa dan ibunya, Rozi Omar, 52, hilang, namun mayat Rozi ditemukan pada Selasa lepas.
Ahmad Hussin dan seorang lagi anaknya, Nur Aina, 23, berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut.
Kejadian dilaporkan berlaku semasa mereka menaiki bot untuk pulang ke rumah di Bukit Betong bagi meninjau keadaan banjir di rumahnya. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
MPHTJ ‘HIDUPKAN’ ASET, BAWA NILAI EKONOMI UNTUK RAKYAT
AYER KEROH 17 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu mengoptimumkan aset miliknya yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya...
WRUR AYER LIMAU BAWA 100 PROGRAM, SEMUA LAPISAN RAKYAT DISANTUNI
AYER LIMAU 17 Ogos - Hampir 100 program disusun bagi memeriahkan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
