
Dapur rumah terbakar
AYER KEROH 8 Jan – Dapur sebuah rumah terbakar 30 peratus dalam kejadian di Taman Seri Duyong 2 tengah hari tadi.
Ketua Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Kanan II Reduan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.42 tengah hari tadi daripada orang awam.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya menjalankan pemeriksaan dan mendapati berlaku kebakaran di bahagian dapur rumah terbabit.
“Ruang yang terbakar membabitkan keluasan 12×12 kaki persegi dengan anggaran kebakaran meliputi 30 peratus daripada jumlah keluasan rumah.
“Bagaimanapun api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.04 petang dan anggota bomba menjalankan kerja pembersihan serta baik pulih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, susulan itu pihaknya turut memastikan api dipadamkan sepenuhnya dan tiada sebarang bahaya di lokasi kejadian sehingga operasi tamat jam 1.26 petang.
Views:
Related


Berita Lain
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperkasakan sebagai antara produk edupelancongan unik Melaka menerusi usaha berterusan Kerajaan...
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR TANJUNG BIDARA 14 September - Kaedah pengurusan rakyat bermula bayi...
KARNIVAL FALAK TARIK LEBIH 7,000 PENGUNJUNG
TANJUNG BIDARA 14 September - Penganjuran sulung Karnival Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 mencatat sambutan memberangsangkan apabila lebih 7,000 pengunjung...
