
MAQIS rampas 63 tan makanan ikan dari Oman bernilai RM240,000
SHAH ALAM 1 Sept. – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 63 tan makanan ikan yang diimport dari Oman di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Jumaat lepas.
Pengarah MAQIS Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata makanan ikan dianggarkan bernilai RM240,000 itu dirampas hasil pemeriksaan rutin ke atas dua kontena yang dilakukan kira-kira pukul 11 pagi.
“Dua jenis makanan ikan itu dibawa masuk tanpa permit import MAQIS yang sah. Kontena berkenaan disita dan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
“Jika disabit kesalahan, pengimport boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tarmisal berkata MAQIS sentiasa memastikan pemeriksaan ke atas setiap keluaran pertanian yang diimport ke negara ini dilakukan dengan cekap dan teliti bagi menjamin ia tidak membawa sebarang serangga perosak atau penyakit serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PETAH BERTUTUR SEJAK TADIKA, AISYAH DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN PIDATO RUKUN NEGARA 2026
AYER KEROH 15 September - Kepetahan bercakap dan kebijaksanaan menyusun kata-kata menjadi kelebihan buat Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris...
KLINIK MEDIPULIH LAHIR SUKARELAWAN BERILMU
AYER KEROH 15 September - Niat untuk membantu masyarakat semata-mata tidak memadai bagi seorang sukarelawan kerana mereka perlu dilengkapi ilmu,...
PIDATO RUKUN NEGARA BAKAL PERKENAL KATEGORI UNTUK OKU
AYER KEROH 15 September - Kementerian Perpaduan Negara menyambut baik cadangan mewujudkan kategori orang kurang upaya (OKU) bagi memeriahkan lagi...
PENCAK SILAT TIDAK DIANAKTIRIKAN, KERAJAAN NEGERI SALUR RM174,734 SEPANJANG 2026
AYER KEROH 15 September – Sebanyak RM174,734 disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan lagi pembangunan sukan pencak silat sepanjang 2026....
HALA TUJU PEMBANGUNAN HARTA TANAH MELAKA MESTI UTAMAKAN KEMAMPUAN RAKYAT – AB RAUF
AYER KEROH 15 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu melihat lebih ramai rakyat Melaka yang...
PPSPM ‘HIDUPKAN’ PANTAI TANJUNG BIDARA, SEDIA AKTIVITI AIR PERCUMA
TANJUNG BIDARA 15 September - Pelbagai aktiviti air percuma yang disediakan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal menjadi...
