MBMB jalin kerjasama stategik jayakan Ceritera Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 9 April. – Sebanyak lapan agensi akan menjalin kerjasama bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebagai rakan strategik bagi menjayakan projek rintis Ceritera Melaka sebagai usaha melindungi warisan kebudayaan Melaka.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, kerjasama stategik itu sekali gus mampu memartabatkan nilai-nilai warisan di negeri ini agar terus kekal menerusi beberapa pendekatan bakal digunakan.

ANTARA lapan agensi yang terlibat bergambar bersama selepas Majlis MoU Ceritera Melaka di Dewan Hang Tuah MBMB.

“Dengan Ceritera Melaka kita akan berkongsi beberapa pautan kepada pengguna dan akan diletakkan di beberapa lokasi warisan terlibat di negeri ini untuk dikongsikan kepada pelancong.

“Seperti contoh, terdapat perniagaan pembuatan parang tradisional yang bertapak sejak dahulu di Melaka, kita akan meletakkan pautan di kedai tersebut bagi memberi pendedahan kepada pelancong berkaitan sejarah di kawasan tersebut.

“Perkara ini akan melibatkan semua sektor pelancongan dan warisan di Melaka agar kita dapat melihat kesinambungan dalam sesuatu kawasan yang berkait dengan sejarah negeri ini,” katanya selepas Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Ceritera Melaka di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.

Menerusi MoU itu, MBMB menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Warisan Melaka (INSWA), Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka, Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Kaum Chetti Melaka, Arkib Negara Malaysia, Kumpulan Dondang Sayang Melaka dan Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

980
Kongsi :
Previous post Cara bagaimana Sajat lolos akan dikongsikan – KPN
Next post TUN Mohd Ali rasmi SRA JAIM Ayer Pa’abas
Ubah saiz-+=