TUN Mohd Ali rasmi SRA JAIM Ayer Pa’abas

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

TABOH NANING 9 April. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam hari ini merasmikan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ayer Pa’abas, di sini.

Tun Mohd Ali diiringi Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Md Rawi Mahmud; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Wira Ar. Ismail Othman serta Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

TUN Mohd Ali menyampaikan replika komputer riba dan pencetak sumbangan kerajaan negeri kepada pihak pengurusan SRA JAIM Ayer Pa’abas, Alor Gajah.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 200 ibu bapa dan anggota komuniti Ayer Pa’abas.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat dan Guru Besar, Omi Kalsom Shahadan.

Selain melafazkan perisytiharan perasmian bangunan sekolah, Tun Mohd Ali turut menyampaikan komputer riba dan pencetak sumbangan kerajaan negeri kepada sekolah berkenaan.

Tun Mohd Ali juga menyampaikan cenderahati sumbangan JAIM kepada pemilik tanah yang mewakafkan tapak sekolah itu, Johari Salleh, 68.

Terdahulu, ketika berucap, Md Rawi berkata, tanah seluas 0.4 hektar diwakafkan Johari pada 2013 dan kerja pembinaan dimulakan pada 19 Januari 2019.

TUN Mohd Ali menyampaikan sumbangan ADUN Taboh Naning kepada SRA JAIM Ayer Pa’abas, Alor Gajah.

Bangunan berkenaan siap dibina pada 20 Januari 2020 dengan kos RM2.5 juta dibiayai kerajaan negeri.

“Sekolah ini mempunyai 420 murid dalam dua sesi yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),” katanya.

Beliau berkata, SRA JAIM Ayer Pa’abas adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa pengimbangan ilmu dunia dan rohaniah murid.

“MAIM sentiasa komited memajukan pembelajaran murid SRA kerana ia adalah benteng untuk memperkukuh jiwa mereka menempuh cabaran pada masa depan.

“MAIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemilik tanah yang sudi mewakafkan tanah untuk pembangunan ilmu anak-anak di kampung ini,” katanya.

Sehubungan itu, MAIM akan terus berusaha memajukan bidang pembangunan ilmu anggota komuniti, terutama murid sekolah kebangsaan, katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1363
Kongsi :
Previous post MBMB jalin kerjasama stategik jayakan Ceritera Melaka
Next post Putera Philip meninggal dunia
Ubah saiz-+=