
MBMB sambut Aidilfitri dalam norma baharu
AYER KEROH 17 Jun – Lari dari kebiasaan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) buat pertama kalinya menganjurkan majlis sambutan hari raya dalam norma baharu bersama warga kerjanya.
Majlis yang diadakan di Dewan Taming Sari itu berlangsung serba ringkas, namun mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu dalam ucapannya berkata, walaupun sebelum ini warga kerja terbiasa dengan Rumah Terbuka MBMB, namun semua perlu membiasakan diri dengan norma baharu dalam usaha memerangi Covid-19.
“Alhamdulillah, setelah tiga bulan mendepani pandemik Covid-19, saya amat berbangga dengan pematuhan SOP oleh warga Bandaraya Melaka Bersejarah dan keseluruhan anggota MBMB.
“Saya juga ingin menyampaikan salam Aidilfitri dan penghormatan tertinggi kepada kira-kira 200 pasukan ‘frontliners MBMB’ yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi memastikan perintah kawalan pergerakan dipatuhi,” katanya.
Di majlis itu juga, Zainal turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada waris anggota yang sudah meninggal dunia selain turut mengedarkan pek juadah raya kepada semua warga kerja.
Views:
Related
Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...


