Zoo Melaka ‘meriah’ dalam keadaan terkawal

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 16 Jun – Jumlah pengunjung yang melawat Zoo Melaka pada hujung minggu lalu menerima kunjungan lebih daripada jumlah ditetapkan.

Keadaan itu, bagaimanapun mampu dikawal dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)

Menurut Pengarah Jabatan Zoo dan Taman Burung Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Zanariah Khamis, kedatangan pelawat ke destinasi pelancongan itu sangat memberangsangkan.

Zoo Melaka katanya, menerima seramai 1,030 pelawat pada Sabtul lau manakala hari Ahad, pihaknya menerima seramai 1,300 pengunjung.

“Meskipun jumlah itu melebihi daripada jumlah yang ditetapkan sehari iaitu seramai 1,000 orang ,namun kita melihat kesesuaian kapasiti di sesuatu kawasan haiwan sebelum membenarkan pelancong yang hadir dapat memasuki Zoo Melaka.

“Selagi SOP dipatuhi, kita tidak mahu mengecewakan pelancong kerana ada yang datang dari jauh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zanariah berkata, wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), anggota polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada di lokasi bagi memantau perjalanan operasi supaya pihaknya mematuhi SOP ditetapkan.

“Pada hari bekerja, ada juga anggota APM memantau pergerakan operasi meskipun tidak ramai pelancong supaya kita mematuhi SOP terbabit,” katanya.

Tambahnya lagi, susulan pembukaan semula operasi lokasi pelancongan itu, rata-rata pelancong membeli tiket dengan harga promosi di kaunter pembelian tiket dan ada juga yang membeli atas talian.

Views:

729
Kongsi :
Previous post MBMB sambut Aidilfitri dalam norma baharu
Next post MTSB sasar 100,000 pengunjung bermula Jun hingga 31 Disember
Ubah saiz-+=