MTSB sasar 100,000 pengunjung bermula Jun hingga 31 Disember

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 16 Jun – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) menyasarkan 100,000 pengunjung bakal menaiki menara tersebut bermula Jun hingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlan Abidin berkata, lebih 2,000 pengunjung direkodkan pada hujung minggu lalu, di mana seramai 1,100 pengunjung pada hari Sabtu dan 1,000 pengunjung pada hari Ahad.

“Sebanyak 90 peratus adalah pengunjung tempatan dan 10 peratus dari luar negara.

“Jumlah ini menunjukkan respon positif, pengunjung tidak perlu risau kerana pihak MTSB sentiasa melakukan kerja-kerja sanitasi dari semasa ke semasa demi keselamatan mereka,” katanya kepada MHI.

Azlan berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), MTSB hanya membenarkan seramai 33 pengunjung menaiki menara bagi mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Dari jumlah biasa menara ini memuatkan seramai 66 pengunjung, tetapi kita hadkan separuh saja supaya penjarakan sosial dapat diutamakan.

“Pengunjung yang menetap di Melaka akan mendapat potongan 50 peratus sehingga 31 Disember ini, manakala dari luar Melaka dapat potongan 20 peratus bermula hari ini sehingga Ogos depan,” katanya.

MTSB juga menawarkan cabutan bertuah PKPP di mana setiap pembelian tiket pengunjung berpeluang membawa hadiah utama televisyen berukuran 70 inci.

Views:

362
Kongsi :
Previous post Zoo Melaka ‘meriah’ dalam keadaan terkawal
Next post Eric Paulsen digugurkan dari MPKM
Ubah saiz-+=