MBMB tanggung kos rawatan kecederaan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDA HILIR, 26 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan bertanggungjawab terhadap individu yang mengalami kecederaan akibat kemalangan berpunca daripada kerja-kerja penggantian penurap konkrit atau paver yang tidak rata di kawasan Little India, Jalan Bendahara, di sini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku dan pihak kontraktor yang bertanggungjawab seharusnya teliti dalam melakukan penyelenggaraan.

Beliau yang sangat kesal dengan kejadian turut mengakui kesilapan daripada pihak MBMB serta kontraktor yang terlibat, seharusnya perlu peka dengan keadaan setempat.

“Kerja-kerja penurapan konkrit yang tidak rata itu tidak sepatutnya terjadi kerana sebagai kontraktrok dilantik, syarikat itu sepatutnya tahu perbezaan ketinggian antara penurap konkrit lama dan baharu.

MBMB akan bertanggungjawab terhadap individu yang mengalami kecederaan akibat kemalangan berpunca daripada kerja-kerja penggantian penurap konkrit atau paver yang tidak rata di kawasan Little India, Jalan Bendahara

“Mereka tidak sepatutnya meninggalkan hasil kerja yang tidak teliti tanpa sebarang pelekat atau papan tanda amaran jika ianya belum selesai.

“Sehubungan itu, MBMB kini dalam usaha mengenal pasti individu yang tercedera ketika melalui kawasan itu untuk urusan ganti rugi kerana mereka dilindungi insurans dan segala kos rawatan akan ditanggung,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, proses penggantian penurap konkrit itu kini sudah 80 peratus siap dan pihak kontraktor perlu meletakkan tanda agar mereka yang melalui kawasan itu berjaga- jaga selain boleh mengelakkan insiden tidak diingini.

“MBMB telah mengambil langkah segera engan mengarahkan kawasan itu yang membabitkan tiga lokasi ‘hot spot’ di Jalan Bendahara itu diletakkan papan tanda berkuatkuasa malam tadi.

“Malah kita juga akan mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis kepada pihak kontraktor susulan insiden itu,” katanya.

Views:

682
Kongsi :
Previous post #MyMudah dijangka dapat bantu ringankan beban peraturan perniagaan Malaysia
Next post “Jangan mengheret rakyat kepada kehancuran” – PAS Melaka
Ubah saiz-+=