“Jangan mengheret rakyat kepada kehancuran” – PAS Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 26 Okt. – Jangan heret rakyat kepada kehancuran dengan mengaitkan usaha kerajaan dalam menangani isu COVID-19 dalam .

Itu pendirian tegas PAS Melaka bagi menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamaruddin Sedik berkata, penolakan Yang di-Pertuan Agong itu dibuat atas dasar keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam mengemudi pentadbiran negara menghadapi isu COVID-19.

Justeru katanya, semua ahli politik perlu melakukan gencatan senjata politik supaya memberi fokus membantu keperluan rakyat dalam mendepani pandemik COVID-19..

“Kita mendesak semua pembangkang jangan mengheret rakyat kepada kehancuran atau kegagalan dalam menangani isu COVID-19, maknanya jangan timbulkan sentimen untuk mengalih perhatian rakyat dalam menangani isu itu.

“Saya melihat kegagalan negara jika isu pertukaran kerajaan dan pergolakan politik dilakukan secara berterusan,” katanya pada sidang media di Bangunan Seri Negeri, di sini hari ini.

Kamaruddin berkata semua parti politik dalam Perikatan Nasional (PN) merealisasikan titah Yang di-Pertuan Agong untuk memperkukuhkan kerajaan supaya melihat isu politik itu tidak berlaku dalam komponen parti PN.

“Kita juga berpandangan permohonan Perdana Menteri kepada YDPA untuk melaksanakan darurat bukan di atas sebab takut kepada kejatuhan kerajaan, saya tidak melihat begitu kerana kalau kita hendak menggunakan sentimen berlawan di medan politik ini banyak isu dalaman Pakatan Harapan (PH) dan isu moral mereka kalau kita hendak bangkitkan.

“Jadi, jadi atas dasar itu saya rasa semua rakyat tahu isu ini menjadi keutamaan sebenarnya, cuma apabila pembangkang rasa tidak berpuas hati, ia memperlihatkan lebih kepada dari sudut politik,” katanya.

Views:

589
Kongsi :
Previous post MBMB tanggung kos rawatan kecederaan
Next post PAS Melaka cadang wujud jawatankuasa COVID-19 diwakili parti politik
Ubah saiz-+=