MBMB terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 20 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Anugerah tersebut telah disampaikan dalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, 9 Jun lalu.

Menerusi kategori tersebut, MBMB telah menerima pengiktirafan 5 bintang dengan markah 97.5 peratus.

“Tahniah kepada Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu, Setiausaha MBMB Sulaiman Atan dan seluruh warga kerja MBMB di atas penerimaan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan.

“MBMB mendapat pengiktirafan 5 bintang dengan markah 97.5 peratus,” tulis MBMB dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Untuk rekod, AKKP merupakan program khas yang diperkenalkan Ketua Setiausaha Negara melalui perutusan semasa Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 bagi memberi pengiktirafan ke atas tadbir urus terbaik di peringkat kementerian, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tujuan pelaksanaan AKKP adalah untuk mewujudkan persaingan bagi meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan di tahap yang terbaik sehingga diberi pengiktirafan di peringkat tertinggi.

Selain MBMB, turut menerima anugerah khas tersebut ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

587
Kongsi :
Previous post Melaka akan perluas ‘Eco-Schools’, praktik amalan hijau di sekolah
Next post WWF cadang ‘tutup’ Pantai Padang Kemunting waktu malam
Ubah saiz-+=