MEDIA MELAKA TINJAU KAPAL PERSIARAN GENTING DREAM
BANDARAYA MELAKA 18 November – Kira-kira 92 delegasi Kerajaan Negeri berpeluang melawat dan meninjau kemudahan dan pengoperasian Kapal Persiaran Genting Dream, yang berlabuh di Selat Melaka, hari ini.
Lawatan berkenaan turut disertai kira-kira 10 pengamal media Negeri Melaka bagi melihat sendiri kapal persiaran eksklusif berkenaan yang berlabuh di negeri ini selama 12 jam.
Terdahulu delegasi Kerajaan Negeri bersama wakil media berkumpul di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Laksamana sebelum dibawa ke kapal persiaran itu dengan menaiki bot.
Pelawat diberikan taklimat, sebelum dibawa melawat bahagian menarik yang disediakan untuk penumpang seperti ruang makan, kolam renang, kemudahan riadah air dan meninjau suasana menarik Selat Melaka dari dek kapal mewah itu.
Persinggahan kapal berkenaan di Melaka secara tidak langsung memberi peluang kepada pelancong menerokai pengalaman sebenar keindahan, keunikan dan sejarah ketamadunan di Negeri Melaka.
Untuk rekod kapal persiaran ini dikendalikan Resort World Cruises, dengan kapasiti seramai 4,500 penumpang, ia berlepas setiap minggu pada hari Ahad dari Singapura yang menawarkan pelayaran dua malam ke Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TUBUH MAJLIS PERBANDARAN MAMPAN DAN PERUBAHAN IKLIM
BANDA HILIR 5 Disember - Kerajaan Melaka menubuhkan Majlis Perbandaran Mampan dan Perubahan Iklim Melaka (MPMPI) bagi memantapkan gerak kerja...
SIDANG DUN MELAKA (BAJET 2025) PADA 27, 30 DAN 31 DISEMBER
BANDA HILIR 5 Disember - Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas akan diadakan pada...
KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DILANGGAR KERETA KETIKA MELINTAS JALAN
JOHOR BAHRU 5 Disember - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari...
PENJAWAT AWAM RUGI RM148,000 DITIPU SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 5 Disember - Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM148,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang...
TAMAN REKREASI BAHARU BERKONSEP ‘KEHIJAUAN’ DI BUKIT BERUANG
AYER KEROH 5 Disember - Sebuah taman rekreasi baharu akan dibangunkan di Taman Kerjasama Bukit Beruang bagi memberi lebih keselesaan...
CAR FREE ZONE@ALOR GAJAH SEMAKIN MENARIK
ALOR GAJAH 5 Disember - Inisiatif penganjuran Car Free Zone@Alor Gajah semakin mendapat sambutan susulan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan...