Melaka antara 10 bandar paling bahagia 2024

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Bandaraya Melaka Bersejarah diumumkan sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2024 pada Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan diadakan di perkarangan lobi bangunan F5, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Putrajaya hari ini.

Mengikut Facebook PLANMalaysia Bandar paling bahagia didahului Cameron Highlands (Pahang), diikuti Jeli (Kelantan) dan Jerantut (Pahang); Kuala Terengganu (Terengganu); Kulai (Johor), Bandaraya Melaka Bersejarah (Melaka); Rompin (Pahang); Petaling Jaya (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Lenggeng (Perak).

Turut diumumkan lima Apresiasi Khas 2024 kepada bandar-bandar yang telah mencapai tahap bahagia tertinggi, berdasarkan tiga komponen utama yang dinilai melalui Indeks Kebahagiaan Bandar Malaysia.

Apresiasi Khas membabitkan Bandar Keluarga Bahagia Kuala Langat (Selangor); Bandaraya Bahagia Mesra Usia Ipoh (Perak); Bandaraya Komuniti Bahagia Subang Jaya (Selangor); Bandar Keluarga Bahagia Kota Marudu (Sabah) dan Bandar Komuniti Bahagia Tampin (Negeri Sembilan)

Terdahulu sambutan diraikan pada 20 Mac setiap tahun bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan sertakesejahteraan penduduk sejagat telah disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4686
Kongsi :
Previous post Jaga kualiti, kebersihan makanan – KM
Next post Aura ‘air balang Rauf’
Ubah saiz-+=