Aura ‘air balang Rauf’

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PENGKALAN BATU 16 Mac – Siapa sangka berniaga air balang menggunakan nama ‘Air Balang Rauf Creamy’ di Bazar Ramadan Peringgit, di sini, menarik perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beraneka air balang pelbagai perisa itu diusahakan oleh seorang anak muda Abdul Raauf Yakop, 29, sejak beberapa tahun lalu.

Lebih menarik air balang jualannya mempunyai aura tersendiri sehingga mencuit hati Ab Rauf yang singgah di gerainya.

“Saya memang tahu Ketua Menteri nak datang bazar Ramadan ini, jadi dari Taman Cempaka saya cepat-cepat datang, ingatkan sempat jumpa di gerai tapi saya terlambat sedikit.

“Alhamdulillah sempat juga beliau beramah mesra dengan isteri saya dan beliau masih ingat yang kami pernah berjumpa di hospital swasta dulu.

“Malah beliau juga sempat berseloroh dan bergambar di depan gegantung (bunting) perniagaan saya kerana sama dengan nama beliau Rauf,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240315 235900 355
PENIAGA air balang, Abdul Raauf Yaakop, 29 ketika ditemui di gerai jualannya di Bazar Ramadan Peringgit. Foto Iqmal Haqim Rosman

Abdul Raauf turut memuji keperibadian Ketua Menteri yang disifatkan mesra dan sentiasa dekat dengan rakyat.

Dia berharap, sikap mesra itu dapat dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain di seluruh negara.

“Apa yang saya suka tentang beliau adalah beliau sangat berwibawa dan mudah bercampur dengan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

880
Kongsi :
Previous post Melaka antara 10 bandar paling bahagia 2024
Next post Pelancong puji Paramedik Komuniti Melaka
Ubah saiz-+=