
Melaka beralih ke Fasa 2 PPN esok atau lusa – Sulaiman
AYER KEROH 2 Sept – Kerajaan Negeri yakin Melaka akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) esok atau lusa.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, negeri ini sudah mencapai lebih 50 peratus kadar vaksinasi bagi individu dewasa 18 tahun ke atas yang lengkap dua dos suntikan vaksin.
“Saya yakin esok atau lusa kita (Melaka) akan berpindah ke Fasa 2.
“Walaupun kadar vaksinasi populasi dewasa Melaka masih rendah berbanding di peringkat nasional, Melaka telah boleh beralih ke Fasa 2 PPN.
“Saya yakin kita mampu beralih dalam tempoh sedikit masa lagi,” katanya bersiaran dalam segmen ‘Bicara Ketua Menteri’ bersama MelakaFM.
Jelasnya lagi, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan diadakan jam 10 pagi ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kerajaan negeri telah memohon agar negeri Melaka dipindahkan ke Fasa 2 apabila kadar vaksinasi lengkap telah mencapai 50 peratus seperti yang telah ditetapkan.
“Beri saya sedikit masa, jam 10 pagi ada mesyuarat Sidang Khas MKN, saya yakin kita (Melaka) mampu beralih ke Fasa 2 tidak lama lagi,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
