Polis kesan suspek lakukan ugutan jenayah guna khidmat kurier

Masa Membaca:53 Saat

SHAH ALAM 2 Sept – Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita untuk menyimbah asid dan membakar rumahnya melalui nota di dalam bungkusan kurier yang dikirimkan ke sebuah alamat di Kampung Saim, Klang dekat sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, suspek melalui nota ugutan turut mengunggut untuk mencederakan mangsa, keluarga serta kawan-kawannya selain mengirim objek berbentuk tangan dengan kesan cecair merah bersama-sama bungkusan itu.

Katanya pengadu berusia 29 tahun dan bekerja sebagai jurujual di kedai emas itu juga mendakwa beliau turut menerima mesej berbaur lucah dan ugutan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali, pada keesokan harinya.

“Pihak polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan telah memanggil pengadu untuk dirakamkan keterangan serta sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon bimbit yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan tidak bermoral ini serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran terhadap masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post Melaka beralih ke Fasa 2 PPN esok atau lusa – Sulaiman
Next post Emas Muhammad Ziyad: Peraturan untuk dipatuhi, bukan dilanggar
Ubah saiz-+=