Melaka gerakkan 44 ‘jentera’ ke Yong Peng, bantuan pasca banjir

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 19 Mac – Kerajaan Negeri Melaka menggerakkan sebanyak 44 buah kenderaan dengan 203 anggota sukarelawan bagi membantu penduduk terjejas banjir di daerah Yong Peng, Johor di sini, hari ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, misi bantuan pasca banjir ini melibatkan seramai 203 sukarelawan daripada sembilan buah agensi Kerajaan Negeri.

Katanya, bantuan adalah berbentuk makanan kering, peralatan pembersihan dan ‘portable stove’ untuk diagihkan kepada 100 buah keluarga yang terjejas banjir di daerah tersebut dengan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah hampir RM100,000.

“Misi bantuan ini dijalankan selama dua hari bermula hari ini sehingga 20 Mac 2023 dengan penglibatan pelbagai agensi seperti empat buah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Universiti Multimedia Melaka (MMU), SWCorp, Mamee dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai MBMB.

“MBMB telah membuat tinjauan ke Yong Peng dengan bantuan Majlis Daerah Yong Peng pada 14 Mac 2023 tempoh hari untuk melihat dengan lebih dekat keadaan di daerah tersebut.

“Dengan kekuatan anggota seramai 140 orang, kita juga akan turut membantu membersihkan kawasan dan kediaman yang terjejas,” katanya.

8EEEEF97-B901-452B-BB69-129BCEBA80BD
ZAIDI merasmikan pelepasan 44 buah kenderaan ke misi bantuan pasca banjir ke Yong Peng, Johor di hadapan bangunan MBMB, di sini hari ini. Foto Aufa ‘Izzati

Beliau berkata demikian pada sidang media mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ke Majlis Pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Melaka ke Johor, di sini hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datin Sapiah Haron dan wakil-wakil daripada setiap agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Mengikut rekod, sehingga 15 Mac 2023, sebanyak 102 pusat permindahan masih beroperasi di Daerah Batu Pahat menempatkan 32, 149 penduduk yang terdiri daripada 8,883 buah keluarga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1328
Kongsi :
Previous post Lelaki warga emas maut kereta terbabas
Next post JPN Melaka sasar tiga golongan utama dalam MEKAR
Ubah saiz-+=