Melaka jadi negeri penderma organ tertinggi

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 29 Oktober – Melaka muncul sebagai antara negeri penderma organ antara tertinggi dalam negara dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, setakat tahun ini Melaka mencatatkan seramai 12 penderma organ.

Katanya, bseperti pada tahun lalu, Melaka juga menjadi negeri tertinggi mencatatkan penderma organ iaitu sebanyak tujuh daripada keseluruhan 17 penderma organ dari 16 hospital utama yang mewakili negeri-negeri dalam Malaysia.

“Meskipun mencatat antara negeri tertinggi penderma organ, namun tahap kesedaran rakyat terhadap menderma organ masih rendah.

“Antara faktor utama yang dikesan mengapa tahap kesedaran dalam kalangan rakyat masih rendah untuk menderma organ ini adalah kerana rasa takut dan masih kekal dengan stigma agama masing-masing kerana akan mencacatkan organ, sebenarnya dengan menderma organ, kita mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

“Menurut Islam sendiri menderma organ adalah Harus hukumnya meskipun organ itu diberikan kepada pesakit yang bukan Islam kerana menyelamatkan nyawa, begitu juga dengan agama-agama lain, ia tiada menghalang dalam menderma organ, namun masih ramai yang takut dan tidak sedar akan kepentingan menderma organ ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Anestesia Sedunia Peringkat Negeri Melaka di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2022-10-29 at 13.32.59
DR Rusdi berucap merasmikan Sambutan Hari Anestesia Sedunia Peringkat Negeri Melaka.

Mengulas lanjut, Dr Rusdi berkata pihaknya akan terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai derma organ.

“Antara usaha-usaha yang kita lakukan, Jabatan Derma Organ di bawah kelolaan Jabatan Anestesia Hospital Negeri Melaka kerap membuat kempen derma organ.

“Sebagai contoh pada minggu lalu di Jasin, kita laksanakan Hari Pendermaan Organ Sedunia, dan pelbagai lagi usaha-usaha untuk akan dilakukan dari masa ke semasa dalam menarik orang ramai untuk menderma organ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2077
Kongsi :
Previous post Melaka sasar 55 peratus lepasan SPM lanjut pengajian dalam bidang TVET
Next post PRU15: KKM kemuka dua syor bolehkan pesakit COVID-19 mengundi
Ubah saiz-+=