Melaka komited bela nasib rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan menerusi pelbagai insentif yang disediakan.

Jelas Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali, insentif yang disediakan itu antaranya termasuk bantuan lampin pakai buang yang disediakan demi meringankan beban ditanggung masyarakat.

“Meluluskan bantuan lampin pakai buang dewasa berjumlah RM799,680 mulai bulan Jun 2020 hingga Disember 2020. Manfaat ini melibatkan 2,240 orang penerima di pelbagai DUN.

“Memberi bantuan susu formula kepada 361 penerima, terdiri daripada pesakit terlantar, pesakit orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas, berjumlah RM1.7 juta.

“Meluluskan Program Pembangunan Belia berimpak tinggi berjumlah RM500,000.

“Meneruskan parkir kenderaan percuma pada hari Isnin dan Selasa di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Memberi pelbagai bantuan kepada kanak-kanak, orang tua, pekerja cacat, pesakit terlantar, bantuan Am, bantuan anak pelihara dan bantuan ELSB melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 7.5 juta.

“Meluluskan program peningkatan ekonomi dan sosial Negeri Melaka sebanyak RM250,000, meliputi Program Peningkatan Pendapatan dan Program Ibu Pengasih yang melibatkan jumlah keseluruhan penerima sehingga Jun 2020 adalah seramai 24,285 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul terima kasih ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada hari kedua Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Views:

291
Kongsi :
Previous post “Doa-doakan ada berita baik untuk rakyat dan Negeri Melaka”
Next post Dasar “Satu Keluarga Satu Rumah” mudahkan rakyat miliki kediaman
Ubah saiz-+=