Dasar “Satu Keluarga Satu Rumah” mudahkan rakyat miliki kediaman

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Bagi membantu rakyat Melaka memiliki rumah kediaman sendiri, Melaka telah memperkenalkan dasar “Satu Keluarga Satu Rumah” dan Rumah Mampu Milik (RMM), khususnya kepada golongan B40, M40 dan belia.

Jelas Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali, sehubungan itu kerajaan negeri meletakkan syarat terhadap pemaju untuk membina 30 peratus RMM sebelum mereka dibenarkan membina kira-kira 50 peratus jenis kediaman Rumah Kos Tinggi melebihi RM180,000.

“Dan sehingga 1 Jun 2020, sebanyak 1,869 unit Rumah Mampu Milik Penswastaan telah siap dibina.

“Diikuti Perumahan Mampu Milik Jabatan dan Agensi Kerajaan, yang melibatkan sebanyak 432 unit sudah siap dibina.

“Perumahan Penjawat Awam (PPA1M), di mana sebanyak 386 unit telah siap dibina.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 4,742 unit rumah PPR dan RMM telah siap dibina.

“Malahan, melalui Melaka Finance House Berhad (MFH) juga, sebagai permulaan, kita telah memberi pinjaman Dana Hartanah Bumiputera kepada 15 orang penerima yang layak, selain bakal diperluaskan kepada para usahawan mikro,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul terima kasih ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada hari kedua Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Views:

511
Kongsi :
Previous post Melaka komited bela nasib rakyat
Next post Sultan Johor dan Perak bakal cemar duli ke bumi Melaka
Ubah saiz-+=