Melaka mahu lahirkan lebih ramai pelapis celik al-Quran

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BUKIT BARU 16 Mac – Kerajaan Negeri mahu melahirkan lebih ramai golongan pelapis qari dan qariah serta huffaz profesional.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perkara itu mampu dicapai sekiranya program keagamaan seperti tilawah al-Quran diadakan diadakan secara kerap.

“Saya difahamkan, bagi hafazan saringan peringkat Negeri Melaka, seramai 98 hafiz dan hafizah menyertai kategori 1-10 juzuk, selebihnya 54 orang bagi kategori 1-20 juzuk sementara itu 15 orang lategori 1-30 juzuk.

“Peserta kali ini menampilkan ramai golongan muda dan profesional seperti doktor perubatan dan guru yang mampu menarik minat lebih ramai golongan belia lain untuk mempelajari ilmu al-Quran.

“Saya berharap johan qari dan qariah, hafiz serta hafizah kita pada hari ini, dapat menunjukkan mutu bacaan terbaik di Majlis Tilawah dan Jafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 8 hingga 18 Jun 2023 ini di Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1444H/2023M di Auditorium Masjid Al-Azim, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Maslina Baki; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Shukri Che Mat dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.

Sulaiman berkata, penyertaan kali ini mendapat sambutan sangat menggalakkan, sekali gus membuktikan rakyat di negeri ini cintakan ilmu agama.

“Penyertaan ini menunjukkan perkembangan positif daripada pelbagai golongan masyarakat untuk menyertai Majlis Tilawah Al-Quran yang dianjurkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1475
Kongsi :
Previous post UTeM kongsi ilmu celik kewangan digital
Next post Melaka Bebas Berniaga dijenamakan kepada Melaka Mesra Berniaga
Ubah saiz-+=