Sorting by

×

Melaka mampu capai kehadiran 7 juta pelancong pasca Covid-19

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 31 Ogos – Kedatangan pelancong ke Melaka dijangka meningkat menjadi tujuh juta pada hujung tahun ini berbanding sasaran awal 5.6 juta yang ditetapkan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, setakat Ogos jumlah kehadiran pelancong sudah dianggarkan sekitar lima juta dan ia dijangka akan terus bertambah apabila tibanya hujung minggu dan cuti umum.

“Menjelang cuti sekolah pada November dan Disember, jika Melaka kekal hijau dan tiada sebarang kes baharu berlaku, saya rasa mungkin, mungkin kita akan mencecah 5.6 juta pelancong dan mampu capai angka 7 juta.

“Apa pun, terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu merealisasikan sasaran ini. Melihat data sahaja sudah membuatkan saya cukup gembira,” katanya yang ditemui di Majlis Ambang Merdeka di Sungai Melaka, sebentar tadi.

Mengulas mengenai tempahan hotel, Muhammad Jailani berkata, setakat Ogos, Melaka sudah menerima sebanyak 43,073 tempahan hotel dan jumlah itu akan terus meningkat.

“Sejak dikuatkuasakan PKPP 10 Jun lalu, kita sudah menerima tempahan hotel sebanyak 4,932. Dalam masa dua minggu selepas itu, jumlah tersebut meningkat kepada 6,146 tempahan.

“Pada 14 Julai pula, direkodkan sebanyak 12,499 tempahan diterima bagi hotel seluruh negeri Melaka sehingga tempoh berakhir 31 September. Ia menjadikan keseluruhan jumlah sebanyak 43,073 tempahan telah kami terima.

“Ia memang di luar jangkaan kami kerana pada awalnya kita menyasarkan sekitar 15,000 tempahan, tetapi sekarang sudah mencapai tiga kali ganda dan menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Views:

255
Kongsi :
Previous post “Sambutlah merdeka walau apa jua cara” – Sulaiman
Next post Ucapan Perutusan Merdeka Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali
Ubah saiz-+=