Sorting by

×

Melaka negeri pertama perkenal pakej Pengembaraan Nomad

Masa Membaca:55 Saat

HAT YAI 18 Februari – Melaka akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan pakej Pengembaraan Nomad (Nomad Traveller).

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin berkata pakej tersebut akan dilancarkan di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam masa terdekat.

“Di Malaysia, Melaka merupakan negeri pertama yang akan melaksanakan pakej pengembaraan Nomad ini. Jika dibandingkan di negara seperti Thailand dan China pakej seperti ini sudah lama wujud.

“Hal ini kerana, mereka (Nomad) ini secara kebiasaan akan tinggal di sesebuah negara minimum satu bulan sehingga maksimum tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Jalinan Kerjasama pada Program MATTA Travel Business Exchange (MTEX) di Hotel Buri Sriphu, Hat Yai – Songkhla, di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Goh berkata pakej itu juga mampu memberi manfaat kepada dua belah pihak.

“Golongan nomad memang berbelanja kurang tetapi dalam tempoh yang lama (dari sebulan hingga tiga bulan) mereka tetap menjana ekonomi pelancongan negeri.

“Menerusi MDEC, mereka yang mengambil pakej ini ada syarat-syarat yang perlu diikuti dan ia akan diperincikan selepas pelancaran nanti,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1579
Kongsi :
Previous post CSI ‘buka jalan’ bekas banduan bina kehidupan
Next post MTEX tarik lebih ramai pelancong Thailand ke Melaka – BPP
Ubah saiz-+=