Sorting by

×

MTEX tarik lebih ramai pelancong Thailand ke Melaka – BPP

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

HAT YAI 18 Februari – Kerjasama antara Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka dan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka diharap mampu menarik lebih ramai pelancong dari Thailand ke negeri ini.

Pengurus Promosi BPP Negeri Melaka, Lim Swee Kiang berkata mengikut rekod pada tahun 2020 hanya seramai 5,854 pelancong Thailand melawat Melaka dan penurunan itu turut dipengaruhi pandemik COVID-19.

Katanya angka berkenaan jauh berbeza jika dibandingkan pada 2019 yang mencatatkan seramai 75,201 pelancong dari negara ‘gajah putih’ itu yang melawat Melaka.

“Bagi tahun lalu pula 4,620 pelancong Thailand datang ke Melaka, meskipun tidak tinggi namun mula menunjukkan peningkatan.

“Berikutan itu Program MATTA Travel Business Exchange (MTEX) 2023 di Hatyai dan Songkhla amat perlu dalam membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong khusus dari Selatan Thailand ke Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui pada Program MTEX di Hat Yai.

Mengulas lanjut, Swee Kiang berkata, program dianjurkan dengan kerjasama MATTA Melaka itu berkonsepkan pengenalan produk pelancongan dan padanan perniagaan ‘Business Matching’ (B2B) serta pameran pelancongan (B2C).

Jelasnya, ia melibatkan agensi-agensi pelancongan Selatan Thailand dalam mewujudkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan Melaka.

“Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Wilayah Songkhla yang mewakili Gobenor Songkhla, Surasak Jundang. Sambutan amat menggalakkan apabila dihadiri lebih 100 ejen pelancongan dari Hat Yai, Songkhla, Phattalung, Trang, Krabi dan Satun.

“Kerajaan Thailand juga serius mengenai promosi pelancongan dua hala ini dan berharap dapat menawarkan pakej pelancongan Melaka-Thailand di pasaran antarabangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1378
Kongsi :
Previous post Melaka negeri pertama perkenal pakej Pengembaraan Nomad
Next post Melaka sedia jadi tuan rumah kejohanan golf antarabangsa
Ubah saiz-+=