Melaka pecah rekod kutip 56 tan sisa fabrik

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH 20 Ogos – Melaka berjaya mengumpul 56 tan sisa fabrik, sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) pada Majlis Kemuncak Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka bersejarah (MBMB), di sini hari ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata, sisa fabrik itu berjaya dikumpulkan menerusi 60 pusat pengumpulan di seluruh negeri itu.

Katanya, kejayaan itu sekaligus menunjukkan keprihatinan rakyat Melaka terhadap alam sekitar.

“Bagi mendapat MBOR, sebanyak 56,000 sisa fabrik di 60 pusat pengumpulan telah ditempatkan ke seluruh negeri ini.

“Saya difahamkan pada awalnya kita hanya meletakkan 12 fasiliti tong kitar semula disediakan oleh SWCorp namun berikutan sambutan memberangsangkan, pihak SWCorp menambah lagi 38 unit tong.

“SWCorp turut bersetuju untuk membuka sebuah pusat perpindahan sisa fabrik di negeri ini bagi memastikan operasi kutipan sisa fabrik di negeri ini berjalan lancar, namun perkara ini masih di peringkat cadangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kemuncak Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022 di Dataran MBMB, Graha Makmur hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Rizalman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Ismail Mokhtar.

Pada majlis itu Zaidi turutmenyerahkan replika cek kepada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membantu mengumpulkan sisa fabrik di seluruh negeri itu.

WhatsApp Image 2022-08-20 at 8.04.34 PM
ZAIDI (dua kiri) ketika menerima MBOR atas kejayaan berjaya meraih kutipan 56 tan sisa fabrik yang diserahkan Konsultan Rekod MBOR Siti Hajar Johor (kanan) pada Majlis Kemuncak Hari Kitar Semula Sisa Fabrik 2022 di Dataran MBMB, Graha Makmur.

MBMB mendapat tempat pertama dan membawa pulang RM1,000 dengan pengumpulan sisa fabrik sebanyak 23,366,93kg, diikuti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di tempat kedua dengan pengumpulan sebanyak 13,594.68kg untuk membawa pulang RM700.

Tempat ketiga milik Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang membawa pulang RM600 dengan pengumpulan sebanyak 9,836kg dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) (6,028.70kg) di tempat keempat membawa pulang RM500.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata sebanyak empat peratus daripada keseluruhan sisa pepejal di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang adalah daripada sisa fabrik iaitu sebanyak 13,000 kg (13 tan).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1474
Kongsi :
Previous post Projek digital Element X dengan pelaburan RM30 juta akan dibangunkan di Melaka
Next post Lelaki ditahan berhubung kes ugut Ketua Hakim Negara – Bukit Aman
Ubah saiz-+=