Melaka perkenal subsektor pelancongan agama

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDA HILIR 10 April. – Kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) memperkenalkan subsektor Pelancongan Agama sebagai subsektor Pelancongan baharu di Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sub sektor itu bagi mempromosi keunikan pelbagai kaum, perayaan dan tempat ibadah bagi semua kaum dan agama di Melaka.

SULAIMAN hadir Majlis Selawat Ihya Ramadan 2021, di Dataran Menara Taming Sari.

“Kita harap agar subsektor ini mampu menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.

“Sehingga 31 Mac lalu kerajaan negeri telah menganjurkan sebanyak 31 program promosi dan acara pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Selawat Ihya’ Ramadan 2021 di Pekarangan Menara Taming Sari, malam ini.

Jelasnya, penganjuran acara pelancongan itu secara tidak langsung membantu mempromosi negeri bersejarah ini ke persada dunia sekali gus merealisasi sasaran 6.2 juta pelancong tahun ini.

SULAIMAN (empat dari kanan) menunjukkan buku subsektor pelancongan agama Melaka selepas Gimik Pelancaran Subsektor Pelancongan Agama (Religious Tourism) tersebut.

“Majlis Selawat Ihya’ Ramadan ini juga diadakan bagi menyambut dan memeriahkan pembukaan semula Menara Taming Sari (MTS) kepada umum dan menarik kehadiran pelancong ke Melaka,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri BPP juga sedang giat mempromosikan Pakej Melakan Visit Melaka 3.0 & Pakej 2 Days 1 Night Stay@Melaka.

Pakej ini berlangsung sehingga 31 Disember 2021 bagi menggalakkan rakyat
Melaka dan seluruh negara melancong di negeri ini dengan tawaran diskaun sehingga 60 peratus.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1471
Kongsi :
Previous post MUFC ‘mengamuk’ di Shah Alam
Next post Jangan naikkan harga barang sesuka hati – Sulaiman
Ubah saiz-+=