
Melaka perkukuh hubungan dakwah di Pulau Koh Panyee, Thailand
AYER KEROH 27 Julai – Kerajaan Melaka terus memperkukuh hubungan dakwah di nusantara menerusi lawatan ke sebuah pulau di Teluk Andaman, Thailand yang mempunyai populasi kira-kira 2,000 umat Islam.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, lawatan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama Muslim, di samping menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, sumbangan kepada Panyee Darussalam Mosque itu bertujuan untuk membantu rumah Allah itu terus memperbanyakkan aktiviti dakwah kepada umat Islam di sana.
“Saya difahamkan daripada kira-kira 2,000 umat Islam yang menetap di sini berasal dari Pulau Jawa, Indonesia dan mereka telah menghidupkan syiar Islam di pulau ini.
“Justeru, saya mewakili MAIM telah mengadakan pertemuan bersama imam dan jawatankuasa masjid untuk menyampaikan sedikit sumbangan agar aktiviti dakwah dapat terus diperluaskan di pulau ini,” katanya.
Terdahulu, pada lawatan itu, Rahmad bersama delegasi turut berkesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan, selain menyantuni umat islam yang berada di sana.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘ORANG MELAKA SEMUA SABAU DULU, TUNGGU PENGUMUMAN SPR ESOK’ – AB RAUF
PAYA RUMPUT 6 Oktober - Semua rakyat Melaka diminta bersabar menunggu maklumat lanjut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh penting...
6 MODUL PENDIDIKAN UBAH NASIB ANAK DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 6 Oktober - Enam modul pendidikan diperkenalkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sejak tiga tahun lalu...
2,521 PENJAJA NIKMATI PENGURANGAN 50 PERATUS LESEN MBMB
AYER KEROH 6 Oktober - Seramai 2,521 penjaja dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menikmati pengurangan bayaran sebanyak...
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
