
Melaka perlu rekod kes harian bawah 114 kes untuk beralih fasa PPN
AYER KEROH 16 Julai – Melaka perlu merekodkan kes harian COVID-19 di bawah 114 untuk beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, buat masa ini Melaka masih berada dalam fasa pertama dan perlu menepati antara tiga indikator yang ditetapkan kerajaan.
“Pada 15 Jun 2021 lalu pula, Perdana Menteri telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara, sebagai strategi peralihan untuk keluar secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19 ini.
“Suka atau tidak, daripada empat fasa yang diumumkan itu, Melaka masih lagi dalam fasa pertama.
“Di antara 3 indikator yang ditetapkan antaranya, kita perlu merekodkan jumlah positif harian COVID-19 di bawah 114 kes, untuk beralih ke fasa kedua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini pagi tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua penjawat awam agar terus berdisiplin, mematuhi segala SOP dan mengambil segala langkah, bagi membolehkan kes COVID-19 diturunkan secepat mungkin, sekali gus membantu Melaka bergerak ke fasa berikutnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
