
Melaka rekod kluster baharu, Kluster Kampung Kemuning
AYER KEROH 18 Mei. – Kluster Kampung Kemuning Alor Gajah menjadi kluster baharu direkodkan di Melaka, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), kes indeks bagi kluster berkenaan dikesan daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang mengalami gejala COVID-19 sejak 8 Mei lalu dan menjalani saringan di klinik swasta.
Kata kenyataan itu, seramai 112 kontak rapat dikesan dan menjalani ujian saringan.
“Daripada jumlah itu, 24 kes didapati positif manakala 44 lagi negatif manakala 44 lagi masih menunggu keputusan.
“Jangkitan dalam kluster berkenaan dikenal pasti berpunca daripada pergaulan aktiviti keagamaan di sebuah madrasah pada Ramadan lalu,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan kenyataan itu, kluster itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negeri yang aktif sebanyak 22 kluster.
“Sebanyak 127 kes baharu direkodkan hari ini iaitu 124 kes tempatan dan tiga kes import.
“Jumlah kes aktif pula sebanyak 915 termasuk 34 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka dan tujuh memerlukan bantuan alat pernafasan.
“Turut direkodkan seramai 100 individu sembuh setakat hari ini iaitu 95 kes tempatan dan lima kes import,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
27-29 SEPTEMBER 2025, MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN DUNIA
BANDA HILIR 6 Julai - Tanggal 27 hingga 29 September depan bakal melakar satu lagi sejarah baharu buat Negeri Melaka...
MALAYSIA DIIKTIRAF LIMA DESTINASI PALING MESRA MUSLIM
BANDA HILIR 5 Julai - Malaysia kini telah diiktiraf di kedudukan lima terbaik destinasi paling mesra Muslim di seluruh dunia....
MELAKA PERKENAL LEBIH 800 INISIATIF PELANCONGAN SEMPENA WTD 2025
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah memperkenalkan lebih 800 inisiatif pelancongan menarik pada tahun ini bagi merealisasikan sasaran kehadiran...
MELAKA SUDAH SEDIA JADI TUAN RUMAH ACARA PELANCONGAN DUNIA
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah membuktikan kesediaan menjadi tuan rumah acara pelancongan dunia iaitu Hari Pelancongan Sedunia (WTD)...
MEMARTABATKAN SENI WARISAN MELAYU, MANIFESTASI MENYATUKAN NUSANTARA
BANDA HILIR, 5 Julai – Seni dan budaya yang melangkaui sempadan bangsa mampu menjadi jambatan perpaduan serantau dan wahana diplomasi...
KAMPUNG DIGITAL: JANGAN BERLENGAH TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN
BEMBAN 5 Julai - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban yang sudah menerima alamat digital baharu diminta untuk segera...