
Melaka rekod satu kluster baharu hari ini
AYER KEROH 11 Feb. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan satu kluster baharu melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Bukit Baru, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 17 kluster baharu dalam negara, hari ini.
Jabatan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan berkata, kluster dikenali sebagai Kluster Jalan Bukit Baru berpunca daripada seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 selepas bergejala demam, batuk dan selesema serta hilang deria bau pada 9 Februari lalu.
“Susulan itum, seramai 134 individu telah disaring dengan seramai 11 individu disahkan positif, manakala 96 dilaporkan negatif dan baki 27 masih lagi menunggu keputusan.
“Ini menjadikan negeri ini merekodkan sebanyak 19 kluster aktif daripada 85 kluster sedia ada,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Melaka hari ini turut mencatatkan seramai 101 individu dilaporkan positif wabak itu dengan pecahan 65 kes tempatan, 34 kes banduan dan dua merupakan kes import.
Bagaimanapun tiada kematian direkodkan hari ini.
Selain itu, seramai 1,054 individu masih dirawat di Hospital Melaka dengan 10 daripada mereka kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk lapan pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
