Melaka River Cruise akan tawar pelbagai lagi pakej menarik

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Jun – Melaka River Cruise (MRC) akan terus memperkenalkan pelbagai lagi tarikan baharu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini selepas pembukaan semula sempadan negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Murad Husin berkata, misi pihaknya adalah memudahkan pelancong mendapat akses laluan sungai ketika berkunjung ke negeri ini.

Beliau berkata, setakat ini daripada jumlah keseluruhan pelawat sekitar 10 peratus adalah pelancong luar dan ia akan ditingkatkan lagi.

“Sebelum ini kita sudah sediakan perkhidmatan pit stop, bot loncat-loncat dan Mendam Berahi, tapi banyak lagi akan ditawarkan dalam usaha kita menaikkan semula nama MRC.

“Usaha dijalankan sudah capai sasaran apabila merekodkan peningkatan kemasukan pelancong domestik ke MRC awal tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi pakej ‘Cruise dan Makan Durian’ di Muara Sungai Melaka, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi suku pertama tahun ini penumpang MRC direkodkan adalah seramai 167,669 meskipun sasaran awal cuma 145,000 orang sahaja.

“Bagi bulan April hingga Mei kita merekodkan 86,000 kemasukan walaupun sasaran kita sebelum itu adalah seramai 150,000 pengunjung.

“Penurunan ini disebabkan bulan puasa dan sepanjang tempoh itu memang kurang pelancong. Jadi setakat Januari hingga Mei, MRC merekodkan 253,862 pelancong.

“Jumlah itu dijangka meningkat dengan pelbagai lagi kempem dan pakej baharu yang kami perkenalkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1429
Kongsi :
Previous post Subsidi kepada penternak ayam dihentikan mulai 1 Julai – PM
Next post Pengawal keselamatan ditahan menyamar pegawai tentera
Ubah saiz-+=