Melaka sahut Agenda Nasional Malaysia Sihat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 5 Jun – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyahut Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilancarkan secara rasmi di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, hari ini.

Beliau dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri menyokong penuh ANMS dan akan menyeru agar semua agensi kerajaan samaada persekutuan dan negeri termasuk agensi swasta dan penduduk agar menyokong agenda ini.

“Kerajaan negeri akan berusaha untuk sediakan prasarana dan tempat reakrasi menarik bagi menyahut cabaran Menteri Kesihatan seperti di Taman Botanikal, Ayer Keroh.

“Malah kerajaan negeri juga akan memperkasakan kawasan larangan merokok seperti di Kawasan Jonker Street dan Jalan Kota yang telah diwartakan sebagai Zon Eksklusif Bebas Asap Rokok memberi keselesaan kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah ANMS Peringkat Negeri Melaka dan Sambutan Hari Denggi ASEAN, di Dataran Pahlawan, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr Rusdi Abd Rahman.

Beliau berkata, objektif kerajaan negeri adalah untuk menggalakkan agar masyarakat mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, Sulaiman turut menyuarakan komitmen kerajaan negeri dalam memerangi aedes dan menurunkan kes demam denggi di negeri ini menerusi program Gotong-royong Mega yang diadakan.

“Bagi saya majlis ini hanya sebagai satu simbolik sahaja dan yang paling penting Melaka merupakan sebuah negeri pelancongan. Kita tidak mahu disebabkan kes denggi ini ia akan menjadi sebab pelancong tidak mahu berkunjung ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1065
Kongsi :
Previous post Melaka jadi negeri pertama jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat – Khairy
Next post Pelaksanaan semula GST masih di peringkat kajian – PM
Ubah saiz-+=